peranan manusia sangat penting dalam pembinaan tamadun Islam. atas hakikat inilah maka Rasulullah S.A.W mengambil masa selama 13 tahun bagi membentuk personaliti Muslim yang unggul sebagai persediaan untuk membina tamadun yang lebih besar. akhirnya, wajah kesempurnaan tamadun Islam bersinar di madinah, dan berjaya membuktikan kepada dunia bahawa Islam adalah cara hidup yang unik dan merangkumi segenap aspek kehidupan manusia.
pengaruh tamadun Islam yang hanya meliputi sebahagian sahaja daripada Semenanjung Arab pada masa kewafatan Rasulullah S.A.W tahun 632M, kemudiannya telah melebar luas ke wilayah-wilayah lain. tamadun Islam telah berjaya mengubah kebudayaan masyarakat bukan Arab sehingga meliputi Afrika Utara dan sebahagian Eropah, china dan Asia Tenggara.
tamadun Islam telah berjaya mengubah cara hidup manusia tanpa mengira apa pun bangsa mereka. kehidupan primitif telah berubah kepada satu bentuk kehidupan yg lebih maju dan membangun. suku-suku dan bangsa-bangsa yang saling berperang dan berdendam telah disatukan menjadi satu ummah yang didasarkan kepada kesatuan akidah, prinsip kebebasan dan juga keadilan.
Kerajaan Abbasiyah ang menguasai politik dan pemerintahan negara Islam pada tahun 750M. dikatakan sebagai zaman kemuncak kegemilangan tamadun Islam. di zaman inilah juga kegiatan intelektual berkembang pesat. aktiviti-aktiviti penterjemahan dan komentar ilmu pengetahuan asing khususnya Greek telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. bidang-bidang keilmuan yang terlibat ialah perubatan, astronomi, matematik, kimia, falsafah dan sebagainya. antara tokoh ilmuwan yang masyhur dan terlibat secara langsung dalam kegiatan tersebut termasuk Hunayn bin Ishaq(m.873M). Abu Nasr al-Farabi (m.950M). yahya bin Adi (m.974M) dan lain-lain.
dalam zaman Abbasiyah juga lahirnya para ilmuan Islam yang terulung seperti Inb Sina (m.1037M) iaitu seorang tokoh falsafah, sains dan perubatan, Ibn al-Haitham (m.950M)tokoh fizik dan matematik dan al-Ghazali (m.1111M) tokoh falsafah dan tasawuf. pertembungan yang berlaku antara tamadun Islam dan tamadun asing pada tahap ini jelas menunjukkan bahawa tamadun Islam masih mampu mempertahankan keasliannya. sumbangan tokoh-tokoh ini sebenarnya menjadi faktor kepada penyebaran tamadun Islam ke Eropah kemudiannya diakui oleh sarjana Barat sendiri seperti W.M Watt yang mengatakan
the feeling of inferiority with which western europe confronted Islamic civilization at various facts. Islamic knowledge was superior to european at many points.
di Andalusia tamadun Islam berkembang selama hampir 8 abad. orang Islam yang didorongi semangat cintakan ilmu telah menjadi perintis dan pelopor kepada perkembangan tamadun di andalusia. sepanjang pemerintahan Islam di andalus, naungan politik para pemerintah terhadap kegiatan intelektual menjadi faktor penting pencapaian tamadun Islam di Eropah.
Para sarjana dari seluruh dunia Islam telah dibawa masuk ke andalus. pada masa yang sama juga pemerintah telah menaja pelajar-pelajar untuk mendalami pelbagai bidang ilmu. antara khalifah yg sangat dedikasi dalam bidang keilmuan ialah Abdul Rahman al-ausat(m.788M). baginda telah melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan-kegiatan keilmuwan. baginda telah membina universiti dan menaungi para serta memberi ganjaran dan elaun. banyak pusat pengajian dan universiti telah didirikan di Andalus antaranya di Seville, Granada, Toledo, Valencia dan Cordova. kecemerlangan tamadun Islam di Andalus ternyata memberi kesan kepada pemikiran masyarakat Eropah.
sementara itu, kerajaan Uthmaniyyah Turki yang diasaskan secara rasmi sekitar tahun 1300M telah mencapai kemuncaknya apabila Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menguasai Constantinople pada tahun 1453M. kerajaan Uthmaniyyah berjaya melebarkan empayarnya dan pengaruh tamadun Islam hingga ke Eropah Timur.
di India pula tamadun Islam mula bertapak dengan tertubuhnya kerajaan Ghaznawi yang diasaskan Sabuktigin pada penghujung abad ke-10M. selepas itu terdapat bebrapa kerajaan Islam lain di india iaitu ghori, Kesultanan Delhi, khilji, Tughluq dan kerajaan moghul.
di akhir abad ke-18, kerajaan Uthmaniyyah Turki mula menjadi lemah dan sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan utara Afrika terlepas kepada kuasa Eropah. kerajaan Uthmaniyyah yang berdiri selama 637 tahun akhirnya runtuh apabila Sultan Abdul Hamid II telah digulingkan oleh the Young Turks pimpinan Mustaffa Kamal yang kemudiannnya dilantik menjadi Presiden Turki seumur hidup. masyarakat Islam yang dijajah telah gagal mempertahankan tamadun mereka dan mula diresapi ideologi sekular Barat yang sekali gus membawa kepada kemerosotan tamadun Islam.
*dipetik daripada buku TITAS UM
5 comments:
sgt mbantu...hehe
thnks. ^^_
thnks
tnkas. ^^_
thnks ^^_
Post a Comment