salam to all readers..
=)
bila orang tanya sesuatu kat aku..
especially bab-bab yang berkaitan dengan seseorang..
aku lebih cenderung berkata..
"dia okay je.."
padahal dalam hati tersimpan seribu satu rahsia..
mungkin aku ni jenis yang tak suka membuka aib orang..
dan mungkin juga aku terlalu baik untuk berkata buruk pasal seseorang..
walaupun aku tahu..
belang masing-masing di sekelilingku..
jangan ingat aku berdiam diri tanda aku suka..
jangan pula ingat aku berdiam diri tanda aku benci..
aku berdiam kerana aku tak mampu untuk meluahkan kata-kata yang pastinya akan mengguris hatimu..
akan tetapi..
mengapakah kau memijak kepalaku?
mengapakah kau memperlekehkan aku?
hanya kerana aku diam?
diam itu lebih baik dalam apa jua keadaan..
"Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya" (Riwayat Bukhori dan Muslim)
tapi ada juga masanya..
aku meluahkan perasaan atau kata-kata kesat tanpa peduli..
yang semestinya kau tidak suka..
lalu membenci diriku yang serba kekurangan ini..
namun begitu..
hari ini..
baru kusedari..
betapa diamnya aku selama ini..
betapa baiknya diriku yg pendiam ini..
betapa hebatnya aku mendiamkan diri selama ini..
hanya kerana dirimu yang begitu suka menjaja cerita sana sini..
syukur Alhamdulillah..
menjadi seorang yg pendiam lebih banyak hikmahnya daripada menjadi seorang yg suka berkata-kata dusta..
menjadi seorang pendiam lebih banyak hikmahnya daripada menjadi seorang yang suka menjaja cerita sini sana..
menjadi seorang pendiam lebih dekat dengan syurga berbanding neraka..
namun begitu..
aku juga tidak terlepas dari 'menganyam ketupat' bersama rakan-rakanku..
aku juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan..
semoga suatu hari nanti..
aku akan jadi seorang yang lebih berdiam diri dari berkata keji..
renung-renungkanlah dan selamat beramal.!
;)
No comments:
Post a Comment