Pages

Monday, October 29, 2012

>> aku fobia dengan penipu..

salam to all readers.
=)

terkenang zaman kat KMM dulu..


kitorang berlima satu geng.
ke kuliah sama-sama.
makan sama-sama.
study pun kadang-kadang sama-sama..
boleh katakan kamceng la kitorg berlima sekawan ni..

4 out of 5 of us duduk satu blok.
lagi la kamceng, kan?

but as time pass by..
one of us couple.
make herself away from us.
tu okay lagi.
yg paling tak ku sangka.
one of us adalah seorang penipu besar.

everything about her is a lie.
she lie about her family.
she lie about her health condition.
she lie about her education background.
and she even fake out a scene of death.
gila kan?

the thing is....
kitorang rapat.
tapi dia macam tak begitu nak bercerita heart-to-heart dengan aku.
mungkin sebab personaliti aku yg tak berapa nak amik kisah kot.
tapi kalau ko kawan aku, for sure la aku akan jadi kisah, kan?


one fine day.
everything is revealed by itself..
she ran away from the block..
but she ran towards our classmate room.
such a coincident, kan?
ataupun dia dah plan?
entah la..


bila semuanya terbongkar..
aku rasa macam tak percaya.
gila ke budak ni?
kenapa perlu tipu sana tipu sini?
kalau tak nak bercerita, takpe.
kitorg faham.
aku pun tak bercerita banyak pasal diri aku.
but at least aku tak mereka-reka cerita pasal family aku, pasal health, education etc.


yang paling aku sedih.
dia ada cerita dia dapat offer pergi oversea.
tp result SPM dia 6A je kot.
aku yg dpt 7A ni tak dpt offer mana-mana pun..
tahu tak aku menangis gila-gila bila aku balik bilik lepas dia cerita benda ni?
sedih la beb.
aku yg beria-ia nak gi oversea tp tak dpt offer..
dia dpt offer tp sebab family x bagi dia pergi, so dia cancel..
ko tahu tak aku MENANGIS gila-gila pasal benda ni?
tahu tak?
bila aku dpt tahu ko tipu aku.
perasaan benci tu datang bertubi-tubi.
tak payah la nak reka cerita yg boleh buat aku emo.
kalau tak dpt offer, meh la kita sama-sama menangis kenang nasib diri yg tak layak pergi oversea.
tak payah la buat aku rasa mcm aku je yg tak layak belajar kt sana.


one more scene yg aku masih ingat..
dia dtg kuliah dgn bibir yang berdarah.
aku tanya kenapa, dia tak jawab.
maybe aku ni pesen yg bila org dah tak nak jawab. malas la aku nak tanya banyak-banyak kali kan..
at last, one of our friend (the persistent type) tanya, and dia jawab.
ada org tak puas hati dgn dia..
can you imagine what happen?
she tell us they (her enemies) attack her.
oh no..
aku rase mcm geram, marah, dan sebagainya.
as a friend, aku rasa mcm aku patut jumpa dengan budak-budak yg attack dia tu.
*protective instinct*
tapi dia tak bagi.
dia kata tak payah nak kecoh-kecoh pasal hal ni.
so, aku tak buat ape pun la.
menjalani kehidupan seperti biasa.
bila terbongkar, rupa-rupanya dia sengaja menyakiti diri sendiri untuk mendapat perhatian kawan-kawan.
gila ke apa?
sanggup menyakiti diri sendiri?
memang mental budak ni.


pasal family pulak.
dia cerita kakak abang dia sume graduan oversea.
wah..
hebat kan?
tp bila kitorang selidik.
sume kakak abang dia belajar kat universiti tempatan je.
kenapa perlu tipu?
kalau taknak cerita, tak payah cerita la.
ni tetibe je mereka-reka cerita yang buat kitorg impress.
tp result ko tak impressive pun. *nada sinis*


yg pasal death scene tu..
dia tak buat depan mata aku.
tp dia buat dekat wing-mate aku.
*wing-mate: mereka-mereka yang duduk kat bilik yang satu row dengna bilik aku*

apa yg dia buat depan aku ialah dia pura-pura tak sihat.
nampak la rupa dia yang pucat lesi..
mcm tak cukup zat..
mmg nampak mcm org sakit.


sesiapa yang terkena dengan dia pasal death scene tu..
memang kesian dan memang menakutkan.
bayangkan..
keadaan seseorang yg tengah nazak tengah-tengah malam.
siap bacakan yassin dah kt keliling katil dia.
i wonder why her roomate tak panggil aku time dia 'pura-pura' nazak tu.
maybe sebab dorg tak ingt aku bilik mana kot..


nak cerita banyak.. 
memang banyak lagi.
tp cukup la aku cerita the important part je.


apa perasaan korang bila korang berada kt tempat aku?


aku dah jadi fobia dengan penipu.
sebab tu la bila aku dapat tahu org tipu aku, automatik aku akan ada perasaan benci yang teramat..


sesiapa yang terasa pernah menipu aku selama ni dan aku tak tahu pun kau tipu aku.
kau boleh dikatakan selamat daripada perasaan benci ini.
once i hate you, forever will hate.


i wonder why she didn't even apologized for what she did..
and i wonder am i able to forgive her?



No comments:

 

Copyright © my name is liana. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver