Pages

Showing posts with label kotakinabalu. Show all posts
Showing posts with label kotakinabalu. Show all posts

Tuesday, December 27, 2016

[travelogue] Desa Dairy Cattle Farm, Kundasang, Sabah

salam to all readers..

awal tahun 2016, aku kerja kat Kota Kinabalu..
alang-alang dah sampai sana, ape lagi..
terjah la mana-mana yang patut kan..
hehehe..

tempat yang paling utama aku nak pergi:
Desa Dairy Cattle Farm, Kundasang

and yes..
here we are..



yang best nya tempat ni..
sepanjang perjalanan ke sana asyik la nampak Gunung Kinabalu tu haaa..
macam memanggil-manggil je..

errr.. ada angan-angan nak panjat Kinabalu ke?
jeng jeng jeng..


time sampai sana *actually tak sampai destinasi pun lagi*
kitorang berhenti tepi jalan tangkap gambar Mr. Moo kejap..


malu-malu pulak dia taknak tunjuk muka
hi awak!

nasib baik la kitorang berhenti tepi jalan tu dulu..
bila sampai destinasi, semua lembu berkerumun satu tempat je..
ade mesyuarat tergempar persatuan lembu-lembu Kundasang kot..

see! mesyuarat pagi..
memandangkan lembu kat padang macam tu..
kitorang pun cari la lembu dalam kandang..
yang ni korang boleh bagi makan..
makanan ada dijual kat situ..


selpie sikit
yaya dan cik lembu gatal *sebab dia jilat yaya bila yaya try nak pose*
ni dah rasa geli sebab nampak lembu tu jilat yaya.. jauh sikit! haha!

selain Mr. Moo (lembu), kat sini jugak ada Mr. Mbeeekk (kambing)



time kitorang sampai hari tu awal sangat..
so tak sempat nak tengok proses perah susu lembu..

tengok dari jauh je la lembu-lembu tenusu ni

kalau dah sampai sini..
korang kene try susu segar dia..
tapi mood aku hari tu taknak minum susu, so aku beli yogurt strawberry..
sedap!


rasa macam nak beli lagi..
tapi bila tengok beratur panjang berjela..
takpe la..
lain kali je la..
*eh, ade lain kali lagi ke? hehe

perkara yang paling wajib dibuat adalah sesi fotografi!

ni memang port baaeekk punya..

awan tu cantik utk jadi background..

wefie!
menung jauh nampak..


till next time!
tata~~

Wednesday, March 30, 2016

[travelogue] Kokol Haven Resort, Kota Kinabalu, Sabah

salam to all readers..

kali ni kitorang terjah Kokol Haven Resort untuk tengok sunset..
very beautiful scenery indeed..

nak masuk, kene bayar RM10 sorang..
this price including 1 drink..
pilih la nak minum air apa pun..
hehehe..

dua budak yang excited dapat jalan-jalan lepas kerja..
hahahaha..

scenery kat sini memang lawa..
berbaloi la meredah jalan yang berliku-liku kalah bukit putus tu..




wefie itu penting~~

the ladies...~~

girls kalau wefie tak cukup satu gambar..hahaha..






and last but not least..
the highlight of the day...
sunset~~~

taken by GoPro Hero 4..

taken by Lenovo S920..



i like~~


Tuesday, March 29, 2016

[travelogue] Canopy Walk & Poring Hot Spring, Ranau, Sabah

salam to all readers..

our last stop jalan-jalan area Ranau hari tu adalah Poring Hot Spring..
actually kat sini ada macam-macam jugak..
bukan setakat hot spring je..
ada taman rama-rama, air terjun, canopy walk etc.
yang kitorang try: canopy walk & hot spring..

canopy walk ni kene jungle trekking dalam 10 minit camtu untuk sampai kat jambatan..
so fefeeling gak la kan masuk hutan..
hehehe..




tadaaaaa.. dah sampai jambatan gantung..
nampak pendek pulak dalam gambar.. 

dah sampai..
perkara wajib: selfie~~

dan wefie~~



kalau cakap pasal gayat..
menipu la kalau kata dengan konpiden aku tak gayat..
ade la jugak perasaan takut-takut tu..
tapi kalau nak compare rasa takut dengan teruja (excited)..
aku rasa perasaan teruja tu yang lebih menguasai diri..
so..
paham-paham je la budak excited dapat jalan-jalan pe'el dia camne..
hahahaha..


yaya suggest, jom pergi Escape Penang!
sebab kat sana lebih extreme..
ok..
ni dah boleh masuk wish list 2016 ni..


next: kitorang try hot spring..
hmmmmm..
sebenarnye bila cakap pasal hot spring..
aku membayangkan hot spring yang macam kat Jepun tu..
yang Daehan Minguk Manse pergi bercuti dengan bapak dia tu..
tapi sangkaanku meleset sama sekali..
hot spring kat sini dah jadi macam human-made tourist hot spot..
dah ada kolam buatan manusia..

anyway..
kitorang berendam jugak..
alang-alang dah sampai kan..

last picture sebelum simpan kamera..
nak berendam la katakan..



before balik..
kita wefie lagi~~


pada aku, hot spring ni sesuai untuk beriadah seisi keluarga..
kalau untuk couple, aku rasa canopy walk tu lebih sesuai..
baru korang tahu boyfriend or girlfriend korang jenis gayat ke tak..
bila takut dia mencarut ke tak..
ooooppsss..
ada yang terasa ke??


annnyeeeooonngg~~



Tuesday, March 22, 2016

[travelogue] sabah tea, ranau, sabah

salam to all readers..
(^_^)

lepas pergi fish spa, kitorang pergi sabah tea pulak..

welcome to Sabah Tea Ladang Nalapak..

kalau nak compare Sabah Tea dengan ladang teh kat Cameron Highland, aku rasa Cameron Highland lagi luas ladang dia..
dan lagi cantik, kot..
Sabah Tea banyak yang rongak-rongak..
but if you want to jalan-jalan mencari ketenangan kat Sabah..
this is the place..
seriously rasa tenang je tengok kehijauan alam..
sehijau warna daun..
eh.. macam tajuk novel form 4 la pulak..
hehehe..


apa-apa pun, wefie itu penting!
wefie pakai GoPro guna setting multiple shot for every 2 seconds,
maka ini la hasilnya..
"ni bila nak habis ni?"
"sampai saya cakap stop.. hahahaha.."


kat sini ada rumah panjang tau..
memang lama la jugak kitorang lepak kat rumah panjang tu..
mencari ketenangan jiwa..
chewah..





selfie sikit..

seriously very relaxing kat sini..
sekali sekala datang untuk tenangkan fikiran pun bagus jugak..
bagi sesiapa yang nak lari dari kesibukan bandar, this is the place to go..

last but not least,
wefie lagi!



 

Copyright © my name is liana. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver