Pages

Showing posts with label drive. Show all posts
Showing posts with label drive. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

>> first time..

salam to all readers..
=)

first time pergi exam hall dengan kereta..
aku sampai pukul 7.15am..
guess what?
parking full!

yes.. exam pagi start pukul 8.30am..
tapi pukul 7.15am, parking dah full..

gila!

first time gak la aku selamber parking kat mana-mana yang boleh parking..

tu satu hal..

hari ni aku exam Combinatorial Mathematics..
subjek Maths ye kawan-kawan..
dah masuk dewan, dah baca doa sume dah, tengok meja sebelah..
eh.. mcm ada sesuatu yang aku takde hari ni..
ting!
CALCULATOR!

berlari aku pergi luar dewan amik calculator..
gila!

liana, ko memang gila!

Alhamdulillah..
aku boleh buat sume soalan..
sekarang hanya mampu berdoa dapat A la.. ameen.. 

dah setel exam, pergi la kat kereta..
jeng jeng jeng...


kiri kanan depan belakang..
sume kete mahal-mahal..
student UM ni sume memang kaya-kaya eh?

dah la kereta mahal-mahal..
tapi takde tanda-tanda tuan empunya kereta mahu keluar..
i mean, tuan kereta takde lagi.. memasing busy discuss jawapan exam tadi.. ahax.

cuak gak la nak keluar parking tu tadi..
kereta aku kereta tempatan je.. 
tapi kereta kiri kanan depan belakang, sume kereta import..
nasib la kereta korang..
kira okay hari ni aku tak langgar mana-mana..
hehehe..

esok aku ada paper Physics pukul 11.30am..
aku rasa, aku taknak parking kat exam hall lagi dah..
sesak giler kot..
kalau sesak-sesak kereta yang sekufu, takpe jugak..
ni kereta yang mahal-mahal.. branded BMW, Mercedes, Porsche etc.
gila kau kalau terseret sikit!


Monday, May 13, 2013

>> steering self-lock..

salam to all readers..
=)


masuk kali ni, ini yang ke-3 aku berhadapan dengan masalah steering lock..
1st time kereta sendiri..
2nd time kereta shira..
3rd time kereta housemate, Kak Mai..
yg first time kene tu memang aku bawak, dan salah aku la..
tapi yg 2nd & 3rd tu, salah owner, saya cuma membantu berdasarkan experience je.
*cheyt. mcm expert sangat la kononnye..


steering lock bukan lock steering mcm ni ye kawan-kawan..



tapi steering ter-lock sendiri gara-gara salah pusing steering bila dah parking.
yes..
parking..
sesiapa yang bawak kereta tu, mesti boleh relate dengan benda  ni..

 aku nak bagi tips sikit untuk mengatasi masalah ini..

first thing first..
relax.. jangan gelabah tak tentu hala..
relax.. take a deep breathe, and say to your car.. "i love you, darling.. don't you know how much i love you?" sambil usap2 dashboard..
*psycho gile cik liana ni.. tapi betul apa. aku ckp "i love you", sekali try je dah okay..

ehem..
barangan besi ni sensitif ye kawan-kawan..
kalau asyik maki hamun dia je, alamatnye meragam la kereta korang sampai sudah.

2nd, masukkan kunci ke dalam ruangan kunci anda.

3rd, tekan dan pulas kunci sepertimana anda pulas mahu start enjin kereta, sambil tolak steering ke kiri dengan sekuat hati..
bila steering dah mula bergerak ke kiri, jangan paksa dia ke kiri lagi..
tapi balas kanan balik..

jejeng!!

masalah steering lock dah setel..

benda ni nampak je simple..
tapi sebenarnye kalau tersalah buat, buruk padahnya..
alamatnye kereta kene tarik ke workshop la gamaknye..
macam kereta Kak Mai..
sebab dia dah buat betul sampai step 3, tapi salahnya dia pusing kiri habis tak balas-balas kanan balik..

hope this will be a good info to those new drivers..
(^_^)v




Thursday, March 7, 2013

>> accident..

salam to all readers..
=\

kereta ku accident..
pemandunya: of course la aku.
huhuhu..

sayang ku..
terima kasih kerana tak buat hal lepas kejadian.
sekurang-kurangnya sayang masih lagi boleh berbakti membawa saya pergi balik kelas.


gara-gara nak mengelak motor yang bajet poyo main selit-selit..
last-last aku yang terselit sebenarnye.
aku terlanggar kereta yang parking kat tepi jalan tu.
kereta tu pun satu..
dia tak parking betul-betul..
bontot kereta dia memang terkeluar habis la..
=_="


kejadian ini adalah salah 3 pihak:
1. motor - dah jalan memang crowded, tak perlu la seboleh-boleh nak menyelit dan nak laju.
2. aku - aku tak reti budget ruang belah kiri.. *sebab aku drive kat kanan kan*
dan aku tak alert.
3. kereta yang parking tepi jalan - kalau tak ingin kereta anda diseret/terseret, sila parking dalam-dalam sikit.
jalan dah la sempit, anda menyempitkan jalan lagi.. =_="

here some pics of my sayang..


yang belah kiri tu dia ter-kedalam sikit.
so, dah tak boleh bukak pintu la.
huhuhuhu..
sayang.. mianhae.. T_T



ingatkan kecederaan tak berapa nak serius.
tp anda lihat sendiri ke-kemek-an sayang..
sobs. :'(


dah la kemek, terkopak lagi..
sobs sobs.. :'(



lihat la line merah di sepanjang sayangku..
itu tandanya aku memang seret habis-habisan la kereta tu..
actually dah separuh seret baru aku perasan aku seret kereta orang.
liana oh liana.. =_="

harap tuan empunya kereta tu tak cari aku la lepas ni.


now i know why my dad doesn't allow me to ride motorcycle to class..

kalau accident kereta, kita takde apa-apa..
cuba bayangkan kalau motor..
tak ke si penunggang itu sangat bahaya?


ehem.
ape-ape pun lepas ni aku tak nak kompromi dengan mat-mat motor yang bajet pandai noo menyelit.
ko selit, aku tak nak elak.
pandai-pandai ko la.
kalau aku terlanggar.
padan muka ko!
sape suruh selit kat kereta aku. 
kan..



lately aku sangat menyampah dengan motor.
grrrr...


p/s: seharian tak boleh fokus dalam kelas gara-gara ini.. =(



Tuesday, February 26, 2013

>> so annoying!

salam to all readers..
=)

*post hari ni penuh emosi*

kepada pejalan kaki sekalian..
kalau dah tahu ade kereta tengah speed up, dan takde tanda-tanda nak berhenti..
takkan la tak reti-reti nak lintas jalan cepat-cepat sikit?
melenggang macam mak nenek.
boleh pulak kau gelak-gelak sambil jalan macam kura-kura.
kura-kura pun lagi laju jalan dari kau!
kalau aku lepas brek, memang kat hospital la kau jawabnya..


kepada abang-abang motor yang bajet handal selit menyelit..
agak-agak kalau nampak kereta bertampal P..
jangan la pulak nak sogok-sogok sondol kereta aku..
aku langgar karang baru tahu..
jalan dah memang jem, tak reti sabar ke?
tahu la terror bawak motor, tapi agak-agak la.
cis!


kepasa pemandu-pemandu berhemah sekalian..
sila la tengok kiri kanan sebelum keluar simpang..
lagi-lagi bila simpang kat bukit..
haish.. =_="


ni baru bab driving, da stress..
belum benda lain lagi.


argh!
aku sangat annoying dengan smua orang yang tak reti-reti nak sabar, tak reti nak jaga keselamatan diri.
pasal orang-orang yang mcm ni la banyak kemalangan berlaku.
grrrrrr....



Wednesday, December 12, 2012

>> parking incident II..

salam to all readers..
=)

kali ni parking, tayar belakang kereta aku tersangkut kat bahu jalan.
oh no....
liana!
what are you doing?


aku tak reti budget steering..
totally loss.
kebetulan Nana kat sebelah aku.
so dia try la.
masalahnye pulak.
dia dah lama tak bawak manual.
baru gerak sikit, mati.
gerak sikit mati.
habis la..

tengok keliling.
aku ternampak seorang adik hensem ni mcm nak kuar parking.
aku terus approach dia dengan muka tak tahu malu.
siyes beb.
dah takde option lain melainkan mintak tolong je.

"dik, boleh tolong akak parking tak? kereta akak sangkut la."

dia pun mengangguk.
dan terus tolong aku..
dia tgk keadaan kereta aku yang tersangkut, dia senyum.
sambil-sambil dia betulkan kereta dia ckp..
"saya dah lama tak bawak kereta besar.."

ehem.
perli ke?
tahu la dia bawak kelisa, kereta comel je.

sepanjang dia tolong aku parking tu..
muka dia asyik tersengih je..

anyway.
Thanks to adik hensem sebab tolong 'akak' parking kereta.
hehehehehe..

lepas ni aku sgt berharap tak terserempak dengan dia lagi.
segan beb.

by the way, aku pun tak sure adik hensem tu adik or abang.
tp kalau nak panggil dia abang mcm gedik sgt la pulak kan.
hahahaha..



Tuesday, December 4, 2012

>> jalan jem..

salam to all readers..
=)

minggu lepas jalan jem tp masih bergerak perlahan.
dari fakulti sains sampai pantai permai mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.

normal arriving time is in 5-10 minutes.
well.
aku tak reti bawak laju-laju lebih 60km/h kat kawasan sebegini.
=_="


minggu ni jalan jem tak gerak-gerak.
dalam UM je dah stuck sejam.
itu tandanya aku perlu berpatah balik pergi library.
stay library sampai malam.


ok.
liana is in library now.

time to study!


oh.. one good news. 
sekarang liana dah pandai dah parking kat library.
hahahaha..

>> sesat..

salam to all readers.
=)

niat asal nak pergi KL Sentral amek member.. 

pusing dua kali, tak jumpa jalan nak pergi lobi.
sekali keluar dari pusingan, straight je.
straight punya straight punya straight.
tak jumpa jalan nak u-turn.
sampai la ke pusat bandar..
lepas tu tetibe je sampai pudu.
baru jumpa u-turn.
dah u-turn.
salah masuk simpang.
straight punya straight punya straight lagi.
hampir-hampir ke parlimen..
nasib baik jumpa signboard KL Sentral.
dan nasib baik jugak tetibe je lalu jalan yang aku selalu lalu.
so, dah tak sesat dah..

kesian Shira kene tunggu lama.

ini la yg terjadi bila dua manusia yang tak mengerti jalan-jalan di KL ni.
hahahaha..


ps: ade sesiapa volunteer nak bagi GPS tak?


Monday, November 26, 2012

>> parking incident..

salam to all readers.
=)

for the firs time, aku try parking kat area car park library.
tahu-tahu la kan kat situ betapa padatnye dengan kereta-kereta.
bila ternampak ada satu kereta nak keluar, aku pun tunggu la. dan bg signal.
after dia keluar, aku masuk parking.


but.
secara tak sengaja.
kereta aku dekat gila dengan kereta sebelah.
kedudukan dia lebih kurg mcm ni:



aku rasa jarak kereta aku dengan kereta sebelah tu cuma beberapa centimeter je.
aku nak bukak pintu aku pun mcm tak boleh. 
cuak beb..

CUAK gila!

takut gila aku kalau terseret kereta dia.
woooo.. seram wo..

dalam hati dah mula fikir bukan-bukan.
nak mintak tolong.
tp kat situ takde orang yg nak nak keluar parking ataupun yg nak masuk parking.
and i'm also not very sure they can drive a manual car.
dalam kepala otak aku.
call je la sape-sape.

1st aku call Najjah.
tp dia tak angkat.
then aku call Miza, dia pun tak angkat.
eh. call Miza buat ape? dia pun tak reti gak. haha.
tgk list name, ada nama Nana. tp Nana tak reti bawak manual.
belek-belek lagi.
ada nama Saiful, Shahid, Karim.......
stop..
Shahid is driving a manual car!
terus call dia.
dan kebetulan dia ada kat library time tu.
maka, dia lah hero aku.

Shahid, you are my life saviour!
thank you so much.

"liana, ko parking mcm ni? ni bukan beginner.. ni memang tak reti.."

hahahaa..
amek ko sebijik.
anyway, thank you very much, Shahid.
(^_^)

aku rase kalau dia takde, aku akan duduk je dalam kereta tunggu kereta sebelah tu nak keluar.
huhuhhuhu...

parking padat-padat kat Wangsa Maju boleh je, tp parking padat-padat kat library tak boleh.
liana oh liana.
=_="

Sunday, September 2, 2012

>> driving experience..

salam to all readers..
=)

memandangkan kereta saga tu manual..
kat sini aku nak mengaku satu perkara yang aku selalu buat bila bawak kereta..

aku malas nak tukar gear.

bila nak start kereta, guna gear 1.
dah jalan, tukar gear 2.
makin laju, tukar gear 3.
laju sikit lagi, tukar gear 4.
agak-agak nak perlahan, aku cuma lepas minyak, tekan brake..
agak-agak nak berhenti, terus  free gear, tekan clutch, tekan brake..
maka berhenti la kereta itu..

kesalahan utama yang aku sedar aku buat: aku cuma tukar gear untuk laju je..
untuk slow terus free gear..
hahahaha

sound mcm betul je kn..
tp bila aku perhatikan ayah ngan iwan bawak, dorang tukar gear 4 - 3 - 2 - 1 - free gear.

cepat rosak tak kalau aku terus free gear je?

nampak gayanya, aku mcm kurang sesuai drive kereta manual.


-sekian-

Tuesday, August 14, 2012

>> wish come true..

salam to all readers..
=)


it seems like one of my wish do come true..
check out my wish list on your right --> 



B2, D..
selepas tepat-tepat setahun dari tarikh aku lulus ujian komputer, aku dapat lesen P..
Alhamdulillah..


lepas ni agak-agak nak racing kereta or motor, meh la ajak saya!
hehehehe..


peace!
(^_^)v




Wednesday, August 8, 2012

>> driving test.. 2nd attempt..

salam to all readers..
=)

wish me luck for tomorrow..
i want to pass the driving test desperately..
or else, need to wait for another month to repeat again..
i don't want that..
i want my license  before Raya..
nanti boleh bawak kereta jalan-jalan satu kampung..
hope that i can make it..

cik liana..
good luck!
hwaiting!


be calm..
jangan gabra-gabra..
no need to gelabah..
actually, agak risau part bukit tu je, parking and 3 pointer insyaAllah okay.
hope esok selamat la hendak nye..


semoga esok boleh terus tampal sticker  P  kat kereta..





ameeeen...
(^_^)


Tuesday, July 10, 2012

>> dilema kereta..

salam to all readers..
=)


dipendekkan cerita..
ayah dah bagi aku green light bawak kereta saga warna biru tu..

bukan gambar sebenar.. cilok dari cik google..


daripada tersadai..
better aku guna, ye tak?
at least boleh wat ulang alik pegi kelas..
siap dah plan, once roadtax mati, boleh terus tukar nama sekali..

waaaaaaaaaaahhhh...
terharu gitu..


tapi masalah negara yang masih belum setel-setel lagi ni..
aku takut nak bawak kereta!
dan masih kurang berkeyakinan nak amik test lesen 25 Julai nih..
huhuhuhu..

ade sesiapa nak teman aku belajar bawak kereta?
please...
pleaseeee...
pleaaaassseeeeeee....

by the way, kereta saga tu manual..
tapi bila aku main-main dengan clutch, gear, brake dan minyak..
smooth je..
cume ye la kan..
tak berani den nak lepas hand brake bila takde orang pro kat sebelah..
maksudnya selama ni aku tukang panaskan enjin je la..
kereta tu tak gerak ke mana pun..
hahahaha..

doakan saya banyak-banyak semoga lulus test JPJ 25/7/2012 ni..
aminn....


 

Copyright © my name is liana. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver