Pages

Showing posts with label car. Show all posts
Showing posts with label car. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

>> kereta impian..

salam to all readers..
=)

to be honest,
aku takde kereta impian pun..
serius..
aku takde cita-cita untuk memiliki kereta sekian sekian..
tak macam orang tu, ada angan-angan nak pakai Audi, Mercedes, Ford etc.

memang betul..
aku tak pernah ada impian nak beli kereta apa-apa..
kalau ade pun, setakat Kancil dengan Myvi je..

kenapa?

kalau aku explain kenapa aku berfikiran begini, adakah anda mahu menerimanya?

rather than having a new car, i wish i can have a house under my name before i'm 30..
dulu-dulu masa sekolah menengah, rasenye macam umur 25 dah boleh beli rumah..
tapi sekarang apa jadi?
terpaksa extend lagi 5 tahun..
sebab harga rumah terlalu mahal!

harga rumah makin hari, makin tahun, makin naik..
tapi harga kereta?
kau beli kereta tahun ni rm50,000.. 
agak-agak tahun depan model yang sama, ade tak rm55,000?
takde punye..
kalau mahal pun mesti yang upgraded version..
kan..

kalau beli rumah..
tahun ni rm200,000..
there is a higher chance for it to be rm250,000 the next year..
macam melampau-lampau pulak perumpamaan aku ni..
tapi ini lah realiti hidup masa kini..

fyi, my family tak habis-habis brainwash aku:
"nanti dah dapat kerja boleh la beli kereta baru.."
aku diam je..
kadang-kadang aku jawab,
"kereta saga tu kan ada.. okay lagi.. buat apa nak beli baru?"
dan mereka pula yang terdiam..

rumah flat yang aku duduk kat wangsa maju ni, mula-mula dulu harga rm20,000 je..
sekarang?
almost rm200,000..
padahal rumah kecik je.. 2 bilik, 1 bilik air..
boleh sampai 200k kan..
sepuluh kali ganda berbanding 20 tahun yang dulu..
see??

kalau beli kereta 20 tahun yang dulu, agak-agak sekarang ni harga dia sepuluh kali ganda tak?
confirm tak..
kemungkinan besar harga kereta tu cuma 1/10 je dari harga asal..
or maybe less..

lagi satu sebab aku rasa beli kereta baru ni macam satu pembaziran ialah:
maintainence mahal..
kereta saga aku vs kereta myvi kakak aku
agak-agak maintainence sape yang tinggi?
of course kereta myvi..

minyak sama-sama jimat, tol sama-sama bayar..
tapi maintainence tak sama yer kawan-kawan..

korang (new car user) kene prepare duit roadtax + insurance hampir rm2,000 setiap tahun..
my expenses on those things tak sampai rm500 pun..

orang kata, orang yang kata la.. bukan aku yang kata..
kereta lama ni banyak buat hal..
Alhamdulillah setakat ni kereta aku takde meragam buat hal ape-ape ke..
sebab tiap-tiap kali aku bawak, aku cakap aku sayang dia..
*mcm orang giler.. hahaha
setakat tukar drive sharp, tukar tayar tu..
bukan kereta baru pun akan kene tukar ke bende2 tu kalau dah rosak?
sama je kan..

elok-elok takde hutang..
dah kene hutang rm 50,000 (kereta zaman sekarang)
at least kene bayar rm500 sebulan..
tu tak masuk duit minyak, duit tol, duit maintenance lagi tu..
tup tup, rm1,000 habis kat kereta je..

kalau gaji besar, takpe la jugak..
ni setakat gaji cukup-cukup makan..
lagi la parah..

kesimpulannya,
baru dapat kerja ni, aku taknak beli kereta!
biar adik aku yang beli kereta lain..
aku nak beli tanah atau rumah..


may Allah ease my way..
ameen..

(^_^)v


Wednesday, December 12, 2012

>> parking incident II..

salam to all readers..
=)

kali ni parking, tayar belakang kereta aku tersangkut kat bahu jalan.
oh no....
liana!
what are you doing?


aku tak reti budget steering..
totally loss.
kebetulan Nana kat sebelah aku.
so dia try la.
masalahnye pulak.
dia dah lama tak bawak manual.
baru gerak sikit, mati.
gerak sikit mati.
habis la..

tengok keliling.
aku ternampak seorang adik hensem ni mcm nak kuar parking.
aku terus approach dia dengan muka tak tahu malu.
siyes beb.
dah takde option lain melainkan mintak tolong je.

"dik, boleh tolong akak parking tak? kereta akak sangkut la."

dia pun mengangguk.
dan terus tolong aku..
dia tgk keadaan kereta aku yang tersangkut, dia senyum.
sambil-sambil dia betulkan kereta dia ckp..
"saya dah lama tak bawak kereta besar.."

ehem.
perli ke?
tahu la dia bawak kelisa, kereta comel je.

sepanjang dia tolong aku parking tu..
muka dia asyik tersengih je..

anyway.
Thanks to adik hensem sebab tolong 'akak' parking kereta.
hehehehehe..

lepas ni aku sgt berharap tak terserempak dengan dia lagi.
segan beb.

by the way, aku pun tak sure adik hensem tu adik or abang.
tp kalau nak panggil dia abang mcm gedik sgt la pulak kan.
hahahaha..



Tuesday, August 14, 2012

>> wish come true..

salam to all readers..
=)


it seems like one of my wish do come true..
check out my wish list on your right --> 



B2, D..
selepas tepat-tepat setahun dari tarikh aku lulus ujian komputer, aku dapat lesen P..
Alhamdulillah..


lepas ni agak-agak nak racing kereta or motor, meh la ajak saya!
hehehehe..


peace!
(^_^)v




Wednesday, August 8, 2012

>> driving test.. 2nd attempt..

salam to all readers..
=)

wish me luck for tomorrow..
i want to pass the driving test desperately..
or else, need to wait for another month to repeat again..
i don't want that..
i want my license  before Raya..
nanti boleh bawak kereta jalan-jalan satu kampung..
hope that i can make it..

cik liana..
good luck!
hwaiting!


be calm..
jangan gabra-gabra..
no need to gelabah..
actually, agak risau part bukit tu je, parking and 3 pointer insyaAllah okay.
hope esok selamat la hendak nye..


semoga esok boleh terus tampal sticker  P  kat kereta..





ameeeen...
(^_^)


Tuesday, July 31, 2012

>> kereta calar, tangan pun calar..

salam to all readers..
=)

for the first time in my life..
aku accident bawak kereta..
terlanggar terseret dengan batu kt tepi jalan..


srrreeeeettttt...
bunyi sangat sangat sangat menggerunkan..
lantas..
aku menjadi cuak gila babeng..
nak bukak pintu memang tak boleh nak keluar..
kene tenangkan diri dulu..
masuk gear 1, balance clutch and minyak, lepas handbrake..
gerak la sikit2 ke depan...
dah sampai tempat lapang sikit..
cepat-cepat tengok kereta ku itu..

perghhhh...
panjang gila calarnya..
cuak beb..
ape aku nak ckp kat bapak aku nanti..

nasib baik tak nampak sgt kalau tgk macam ni..
huhuhhuhu..


then bila keadaan dah reda sikit..
aku terasa sesuatu yang perit kat tgn aku..
bila tengok-tengok belek-belek..
aiii..
tangan aku pun terseret jugak ke?


perit ooooowwh luka tu..
entah mcm mana boleh dpt pun aku tak taw..
sama ada aku tercakar tangan sendiri masa aku tengah gelabah tu.. ataupun terkena jam tangan aku ke..
aku sendiri pun tak tahu..
tapi yang tak best nye sampai sekarang masih lagi berparut tangan aku..


huhuhu..
ngeri beb ngeri..


baru aku paham perasaan orang yang pernah terlanggar tu terlanggar ni bila bawak kereta..
huhuhu..
gerun, kan??


 nasib baik la langgar batu. tak langgar kereta ataupun orang.. kalau tak lagi naye..
huhuhu..


 

Copyright © my name is liana. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver