Pages

Tuesday, December 27, 2016

[travelogue] Desa Dairy Cattle Farm, Kundasang, Sabah

salam to all readers..

awal tahun 2016, aku kerja kat Kota Kinabalu..
alang-alang dah sampai sana, ape lagi..
terjah la mana-mana yang patut kan..
hehehe..

tempat yang paling utama aku nak pergi:
Desa Dairy Cattle Farm, Kundasang

and yes..
here we are..



yang best nya tempat ni..
sepanjang perjalanan ke sana asyik la nampak Gunung Kinabalu tu haaa..
macam memanggil-manggil je..

errr.. ada angan-angan nak panjat Kinabalu ke?
jeng jeng jeng..


time sampai sana *actually tak sampai destinasi pun lagi*
kitorang berhenti tepi jalan tangkap gambar Mr. Moo kejap..


malu-malu pulak dia taknak tunjuk muka
hi awak!

nasib baik la kitorang berhenti tepi jalan tu dulu..
bila sampai destinasi, semua lembu berkerumun satu tempat je..
ade mesyuarat tergempar persatuan lembu-lembu Kundasang kot..

see! mesyuarat pagi..
memandangkan lembu kat padang macam tu..
kitorang pun cari la lembu dalam kandang..
yang ni korang boleh bagi makan..
makanan ada dijual kat situ..


selpie sikit
yaya dan cik lembu gatal *sebab dia jilat yaya bila yaya try nak pose*
ni dah rasa geli sebab nampak lembu tu jilat yaya.. jauh sikit! haha!

selain Mr. Moo (lembu), kat sini jugak ada Mr. Mbeeekk (kambing)



time kitorang sampai hari tu awal sangat..
so tak sempat nak tengok proses perah susu lembu..

tengok dari jauh je la lembu-lembu tenusu ni

kalau dah sampai sini..
korang kene try susu segar dia..
tapi mood aku hari tu taknak minum susu, so aku beli yogurt strawberry..
sedap!


rasa macam nak beli lagi..
tapi bila tengok beratur panjang berjela..
takpe la..
lain kali je la..
*eh, ade lain kali lagi ke? hehe

perkara yang paling wajib dibuat adalah sesi fotografi!

ni memang port baaeekk punya..

awan tu cantik utk jadi background..

wefie!
menung jauh nampak..


till next time!
tata~~

[travelogue] trip to Jogjakarta, Indonesia

salam to all readers..

actually dah lama dah aku pergi Jogja..
3 - 6 June 2015..
dah setahun lebih dah..
tapi baru sekarang berkesempatan nak menulis pasal ni..



percaya atau tak..
ni la kali pertama aku keluar dari Malaysia..
selalunye melancong dalam negara je..
cuti-cuti Malaysia gitu..
hehehehe..

kitorang pergi bertiga..
aku, najjah dan kak najlaa (kakak najjah)
segala perancangan dibuat oleh kak najlaa..
aku ngan najjah jadi follower setia..


pengumuman: sebarang harga yang disenaraikan dalam entry ni adalah harga untuk 3 orang..
pandai-pandai lah korang bahagi sendiri eh..

di sini aku kongsikan itinerary kitorang pergi Jogja hari tu..

Day 1
3.15 pm: flight KL-Jogja

4.50 pm: sampai Jogja

5.30 pm: settle imigresen, solat kat airport, jumpa supir 
fyi, kitorang upah supir utk bawak kitorg sepanjang 4 hari 3 malam ni.. supir fee: IDR 1.3juta

memandangkan kitorang pakai supir, dan memerlukan telefon untuk berkomunikasi, maka kitorang guna Qtalk (topup: IDR 49k)

Dinner kat kedai nasi padang yang kat tepi jalan on the way to Gunung Kidul.. 
parking fee: IDR 20k, makan: IDR 77k

8.00 pm: sampai Gunung Kidul, check in.. solat, rehat untuk hari ni..



Day 2
7.00 am: breakfast ayam penyet..
view time breakfast ni cantik! pemandangan sawah padi..




morning uolls..


8.00 am: air terjun Sri Gethuk..
entrance fee: IDR 21k
boat fee: IDR 30k

breathtaking view..





peace!

9.00 am: cave tubing Goa Pindul..
ada guide dan dia akan explain lah macam-macam kisah pasal gua ni.. 
(aku dah tak ingat dia cakap ape.. )

tak digalakkan bawak kamera sebab kene pegang pelampung sentiasa..
kalau nak bawak gopro ke ape, atas risiko sendiri ye.. 
sungai tu nampak je cetek, tapi dalam ya ampun.. 
dan gelap gelita.. maklum lah.. dalam gua.. haha

entrance fee and photographer fee: IDR 490k

cahaya dari syorga
and there is me underneath the light from heaven
kami dalam gua
kami di luar gua.. haha..
batu-batu sepanjang sungai.. bentuknya unik..

air terjun

don't worry guys.. i'm safe!

11.00 am: balik guest house, mandi, solat & check out 12.00pm

12.30 pm: lunch kat kedai tepi jalan (makan nasi campur; IDR 69k) 
dan teruskan perjalanan ke pantai Indrayanti (entrance fee: IDR 20k)
*gambar hilaaaaaangggg!!! huwaaaaaaa
 

kat pantai tu, kitorang lepak-lepak sambil minum air kelapa (IDR 15k)

3.00 pm - gerak ke Pantai Sundak..
jalan-jalan tengok pantai lagi..



wefie!


ni sape ni??
actually, pantai-pantai kat sini dikelilingi bukit..
so perjalanan dia agak extreme sebab jalan sempit je weyh tepi lereng bukit tu.. kalau aku drive sendiri, memang tak sampai la jawabnye.. hahaha

dan sebenarnya kitorang ingatkan nak tengok sunset kat pantai..
tapi salah arah la weyh..

mane ade sunset kat pantai ni..
pantai ni untuk sunrise ok laa..


7.30 pm: dinner @ Jejamuran (mostly makanan kat sini berasaskan jejamur (cendawan).. sedap! total damage: IDR 118k, parking fee: IDR 20k)
*tiada gambar makanan sebab kitorang dah lapar.. harap paham*


8.30 pm: check in guest house Cempaka Villa, Borobudur, solat, rehat.. 



Day 3
4.15 am: bangun, solat subuh & bertolak ke Punthuk Setumbu (nak tengok sunrise) 
entrance fee: IDR 90k

5.00 am: daki bukit

5:40 am: sunrise view
sunrise yang tak berapa nak sunrise.. sebab cuaca tak mengizinkan.. T_T
tapi papehal pun, selfie tetap selfie..
hehehe..



6.30 am: turun bukit, balik guest house, breakfast, mandi..
mi sup (read: maggi ayam.. hahaha)

nasi goreng

8.00 am: candi Borobudur
entrance fee: IDR 250k utk 2 orang..
kak najlaa tak masuk sebab dia dah pernah sampai..
so aku berdua dengan najjah je la.. hehe

snap snap time!!







11:00 am: balik guest house, rehat jap sementara supir pergi solat Jumaat.. check out.. lunch Bakso kat tepi jalan 

total damage: IDR 55k 
*p/s: sorang makan 2 mangkuk, siap air sampai 2 gelas.. hahaha.. 

lepas makan kitorang bertolak ke Malioboro..

2.00 pm - 5.00 pm: pasar beringharjo (shopping time!)
*takde gambar shopping sebab errrr... kitorang tak mampu multitasking shopping sambil bergambar.. hahaha*


5.30 pm: check in guest house dan tamatlah servis supir..
actually kitorang request supir hantar kitorang balik kat pasar beringharjo untuk teruskan shopping dan cari makan..
mujur supir tak berkira, dia hantar je.. hehe

The Wayang

dinner kat food court shopping mall yang berdekatan.. sebab tak begitu best makanan kat situ, kitorang siap order KFC (dasar tekak Malaysian sangat kannn..)

total damage: IDR 117k
teksi balik: IDR 35k

8.00 pm: balik guest house, solat, rehat..

Day 4
7.00 am: breakfast

7.30 am - 9.30 am: berbasikal cari makanan kuih tradisi Indonesia
*takde gambar sebab tak sempat snap dah selamat dalam perut masing-masing.. hehe*

10.15 am: check out, bertolak ke airport..
teksi: IDR 80k

11.45 am: flight Jogja-KL

bye bye Jogja!!


maka..
tamat lah percutian kami bertiga di Jogjakarta, Indonesia..
actually, banyak jugak la tempat yang tak sempat nak pergi..
takpe..
next time kite jelajah tempat-tempat yang tak sempat pergi tu pulak ye..



perbelanjaan tersembunyi:
1. flight ticket: sorang RM 120 pergi balik KL-Jogja
2. guest house, booking makanan dalam flight etc.: sorang RM 150
3. shopping & jajan: ini ikut bajet masing-masing ye.. hehehe..


p/s: aku pelik bin ajaib.. kenapa sesetengah gambar hilang weyh?? pelik pelik pelik..

 

Copyright © my name is liana. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver